Bismillah.
Lrt3 iaitu laluan Shah Alam telah dirasmikan oleh PMX pada 28/6/26. Pada 29/6/26 bermulalah free ride selama sebulan. Laluannya ialah dari Bandar Utama ke Johan Setia iaitu sejauh 37 km.
Laluan dan stesen-stesen Lrt3:
Pada 29/6/26 aku, Isteri dan Maya mencuba naik dari stesen Jambatan Kota, Klang.
Naik ke stesen dengan escalator. Stesen bersih, kemas, teratur. Orang tidak ramai naik mungkin sebab hari bekerja dan sekolah. Untuk parking tak susah sebab orang tak ramai, mungkin kalau ramai nanti susah juga.
Kekerapan tren antara 5 minit ke 9 minit. Masuk dalam, memang mantap, ye lah masih baru kan...
Kami turun di stesen Glenmarie 2. Ambil masa 30 minit. Tapi Maya terus ke Bandar Utama, stesen last, sebab nak connect dengan Mrt ke Kajang terus ke Ukm.
Sampai Glenmarie2, kami ambil ticket free lagi untuk balik Klang. Masa balik ada lalu bawah tanah, tak pasti di mana rasanya selepas stesen Kerjaya. Kalau siapa nak tengok laluan terowong tu, berdirilah kat depan sekali dekat cermin depan kepala sekali. Baru nampak..
Sampai Jambatan Kota, bila dah turun, bolehlah nak pekena cendol atau abc semangkuk kat Pasar Jawa. Dekat je.
Begitu lah pengalaman naik LRT3 yang baru ni. Tunggu punya tunggu dah pencen baru siap. Indahnya negeriku...
Kg. Delek
30/6/26
Comments
Post a Comment