Jeram

Salam,

        Pagi tadi aku, Sofiah dan Iman ke Jeram. Bertujuan mengecat under coat pintu di bahagian dapur, yang sudah setahun terbiar,  dan untuk meracun. Jam 8.30 am kami dah sampai.

           Ada monyet ditepi rumah bergayut, ada burung murai bersiul ketika sinar matahari pagi menerobos masuk ke dalam rumah melalui pintu utama. Damai.

           Ketika makan bekal yang dibawa, aku kata ke Sofiah, duduk di sini macam duduk di dunia yang lain, nyaman, tenang dan damai. Dia senyum, setuju agaknya.

        Begitulah Jeram, daerah yang dikelilingi oleh kebun2 sawit. Bukan kawasan para elit, kebanyakannya orang biasa2.

        Kata Pak Dollah, jiranku, di sini senang mendapat ikan segar, kerana dekat dengan laut seperti Kuala Selangor dan Sungai. Besar.  Jadi ikan baru naik dari laut.

         Tak sabar rasanya nak tinggal  di sini. Meninggalkan kota yang sesak dan sibuk sentiasa.

        Harap umurku panjang untuk aku menikmati nikmat dari Tuhan ini lagi.

20/8/17

Comments