Assalamualaikum,
Aku dilahirkan di Perai p.w, Pulau Pinang, pada tahun 1966. Entah umur ku yang keberapa, aku pindah ke Kampung Bangkahulu , Gemas. Yang betulnya aku masih kanak-kanak
Kampung dulu tiada elektrik dan air paip. Pakai pelita. Mandi di perigi. Ada perigi Bak Bek dan perigi Tok Pakeh .Pernah juga mandi di anak sungai/ paya.
Di kampung bebas bermain. Boleh berjalan hingga sekeliling kampung sesuka hati, tiada pencolek. Bermain lastik, kereta kayu, bola, hoki, mandi sungai/parit, galah panjang dan konda-kondi.
Sekolah tadika di balairaya, sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang. Pergi sekolah kayuh basikal yang dipomen oleh ayah sendiri.
Sehingga umurku 12 tahun, kampung adalah duniaku. Tiada lain. Nak ke Gemas pun jarang2 sekali. Pahit dan manis di situlah.
Menolong emak di sawah, menanam padi, menjaga burung, menyabit dan membanting padi, semua pernah aku lakukan. Ada juga memancing haruan dan menjerat burung wak2 di sawah. Mandi di tali air. Juga menolong emak di kebun getah.
Pengalaman yang tak dapat dilupa ialah menangkap ikan mabuk abuk bakaran hutan, dan juga tapak tangan disengat ikan sembilang semasa danau ditimbus. Dan juga memancing dengan cik Kadut di danau Semaar.
Oh indahnya zaman itu. Yang tak akan berulang lagi. Banyak yang telah tiada, dan kawan2 pun sudah terpisah membawa haluan sendiri. Yang ada hanyalah kampung itu sendiri yang kini semakin moden.
10 tahun yang indah di kampung Bangkahulu.
29/8/17

Comments
Post a Comment