Klang

Salam,

           Takdir menentukan aku bermastautin di bandar Klang sejak tahun 1996 iaitu sejak aku ditukarkan ke sini.

          Tinggal di kuarters lama yang uzur selama 7 tahun, kemudian pindah ke Jalan Emas dan jalan dato Setia, aku rasa syukur walau apapun yang ku terima. Yang penting aku tak perlu bersusah payah membayar sewa rumah ratusan ringgit sebulan.

         Ke stesen, sekolah anak, pasar, pasaraya, surau , ke  Sungai Udang dan tempat jogging adalah rutin hidup ku bertahun2.  Namun aku tak rasa bosan, sebabnya aku membuat itu semua dengan rasa kecintaan. Ia tetap membahagiakan walau apa pun warnanya. Merempuh hujan dan panas itu perkara biasa.

        Harga rumah di sini sangat mahal bagi yang bergaji sepertiku. Tiada bank yang rela memberi pinjaman kepada orang setarafku. Mujurlah aku membuat keputusan yang tepat dengan membeli tanah lot. Kalau tidak, pada umur 50an kini aku pasti menangis.

          Kawan2 yang baik yang aku temui di sini menyenangkan urusanku. Betullah kata2, bila kita berbuat baik, kebaikan pula yang datang kepada kita.

            Klang adalah bandar yang padat, trafik yang sesak, sentiasa membangun dan sebuah bandar lama. Kini telah dibina bandar baru di sekelingnya seperti Botanic Bukit Tinggi, bandar baru Klang dan Klang sentral.

            Dibandingkan dengan bandar Kuala Terengganu atau Padang Besar, disana hatiku lebih tertumpah. Namun kerana takdir, Klang tetap menjadi bumi yang kupijak dengan rasa syukur dan redha.

17/8/17

Comments