Salam,
Sofiah @ isteriku berasal dari Kedah, kawasan bendang. Dalam usia gadis berhijrah ke KL mengikut Taha, abangnya. Meninggalkan segala kesusahan hidup di Sungai Yu.
Aku berkahwin dengannya pada umur 22 tahun dan dia berumur 18 tahun, pada 18/9/1988.
Dari hidup dengan kosong, berubah sedikit demi , susah, senang, suka, duka, masam manis semua telah kami rasakan bersama.
Tapi, alhamdulillah Sofiah seorang yang sabar, tabah dan rajin. Dia telah melahirkan zuriatku seramai 6 orang, yang baik2 belaka.
Dari rumah sewa, pondok kebun, kuarters, dan akhirnya memiliki rumah sendiri. Perjalanan sejauh 29 tahun setakat ini, kami lalui dengan penuh sabar dan syukur.
Pada tahun 2017 ini, kami sudah ada 2 menantu. Alhamdulillah.
Walaupun ada salah antara kami suami-isteri, maklumlah adat berumahtangga, aku telah memaafkan nya walau bagaimanapun salahnya pada ku. Dan aku telah redha ia sebagai isteriku walau apa pun kedudukannya pada pandangan keluarga. Dan aku berterimakasih diatas segala kerja seperti memasak, membasuh, menjaga anak, menjemput anak, dan semua yang ia lakukan untuk keluarga.
Tak terhitung jasanya. Tak terbalas rasanya.
Terimakasih sekali lagi isteriku, jika aku yang pergi dulu sebelummu mohonkanlah keampunan buatku yang hina ini.
26/8/17

Comments
Post a Comment