Berbasikal

Salam,

           Berjogging sudah jadi amalanku sejak mula bekerja di Ktmb. Antara tempat yang paling sering aku berjogging ialah Taman Pengkalan Batu iaitu di tepi sungai Klang..Ini kerana tempat ini dekat dengan rumah.

          Yang paling penting dengan jogging boleh membakar lemak di badan kita. Lemak atau tenaga lebihan jika tidak digunakan atau dibakar  akan menyebabkan obesiti dan lain2penyakit. Disamping itu jogging membuatkan hati lapang dan menambahkan semangat dalam hidup.

         Kasut NB bundle berharga rm30 aku gunakan untuk jogging selama beberapa tahun. Tetapi masih sedap dipakai dan sayang untuk dibuang. Sudah pernah dijahit dan digam.

         Namun sejak semalam aku cuba pula berbasikal. Kena pula basikal terbiar itu sudah direpair dan keadaan tip-top. Aku cuba mengelilingi Taman Melawis 1 round dan 2 round. Wah, hebat kesannya. Memang memenatkan kaki. Sampai bila aku masuk kerja petangnya, aku tertidur sekejap.

        Memang seronok berbasikal. Kena pula matahari pagi yang terang membakar kulit. Itu semua menghasilkan vitamin D di dalam badan.

        Aku sebenarnya  terinspirasi untuk berbasikal ini bila ada friend Fb berumur 60 tahun melakukannya. Jadi aku berfikir, kenapa aku tidak cuba?

        Insyaallah selepas ini mungkin aku akan meneruskan aktiviti berbasikal ini. Nak tengok sejauh mana kesannya kepada badan. Dan aku rasa seronok pula.

9/9/17

 



Comments