Bisnes online

Salam,

       Aku mula mengenal internet pada tahun 2010. Iaitu tahun Along mula belajat IT di ILP. Rasanya tahun 2011 atau 2012 aku mula berniaga secara online.

       Dalam tahun2 awal mengenal internet aku banyak search tentang bisnes online ni. Bermacam2 jenis. Tapi akhirnya aku berfikir kenapa aku tak cari produk yang dijual murah dan jual mahal sikit di internet?

           Akhirnya aku jumpa teh peria ni di sebuah pasaraya terkenal. Harga asal rm10.50 dan jual di internet rm25. Walaupun jualan tidaklah banyak sangat, tapi cukuplah untuk membayar harga topup

           Yang seronoknya, walaupun sudah 5 atau 6 tahun, permintaan masih ada. Itulah sebabnya aku menganggap produk ni produk yang evergreen.

           Selain pada tu bisnes yang pernah aku buat ialah Hpa, tunetalk dan onexox. Hanya onexox yang masih bernyawa.

          Aku rasa bisnes online ni boleh maju jika kena caranya.  Aku respect kat sifu yang dah berjaya seperti Mazelan Abas dan Irfan Khairi yang telah mempunyai income ratusan ribu sebulan.

          Siapa tak nak berjaya dalam bisnes online ni? Insyaallah, satu hari nanti aku capai juga. Fokus dan committed.

17/9/17




Comments