USM

Salam,

       Sebelum mendaftar Anis di Usm, kami dibelanja makan di restoran Sahidah oleh saudara Mat Saad, terima kasih, semoga rezeki tuan bertambah.

        Mendaftar jam 2 petang. Selepas no bilik diperolehi, kini giliran untuk membawa barangan ke bilik asrama Saujana. Kereta dan barangan dikumpulkan dipadang kawad.

         Barangan yang besar dibawa dengan lori askar ke asrama. Manakala barangan kecil dibawa bersama dengan menaiki bas. Ada beratus2 beg yang perlu dipunggah. Sehingga jam 6 baru kerja2 memunggah semua barang siap.


           Usm kawasan yang berbukit dan bangunannya banyak yang lama. Trafik jem mudah berlaku di dalam kawasan kampus kerana jalan yang sempit dan berbelit2.

       Dari asrama kebangunan kuliah ada bas disediakan. Hari2 kena naik bas lah nampaknya.

        Usm universiti apex, tapi nampaknya buat masa ini ia berada dibawah Um, Ukm, Upm dan Utm. Jadi, nampaknya Usm perlu meningkat lagi.

4/9/17

Comments