Salam,
Bonda, emak Noorjannah adalah orang yang melahirkan aku kedunia ini 51 tahun yang lalu.
Ia membesarkan aku bersama anak2 nya yang lain dengan sepenuh jiwa dan raganya. Bukan saja menyusu dan memberi makan, malah ia turut turun kekebun dan kesawah mencari nafkah ketika abah sudah tidak berdaya kerana tua.
Emak buta huruf, tetapi tidak pernah menghalang anak2 menimba ilmu pelajaran hingga ke universiti. Tak pernah ia menjadikan wang sebagai alasan tidak menyekolahkan anak. Walaupun hidup memang cukup2 makan sahaja.
Emak melalui zaman pelita api dan dapur kayu sehingga lah ke zaman gas dan internet.
Kini emak dah uzur, hanya berjalan menggunakan kerusi roda sahaja. Mujur lah tak perlu lagi memakai alat pernafasan seperti sebelum ini.
Semalam menziarahinya di Senawang, nampak ia sihat dan ceria. Menghabiskan hari2 terakhir dalam hidupnya, alhamdulillah emak dapat penjagaan yang amat baik dari anak2nya. Ada yang berkorban wang, tenaga , masa dan sebagainya untuk mak.
Akhir kalam, semoga Allah memberi balasan yang baik diatas segala kebaikannya dan mengampuni segala dosanya. Amiiin.
1/10/17

Comments
Post a Comment