Sedekah

Salam,

       Dulu aku kurang bersedekah, maklumlah wang cukup2 makan sahaja.  Dengan tanggungan yang banyak. Sepatutnya boleh, iaitu dengan bersedekah walaupun 10 sen sehari.

         Bila banyak mencari di google, aku terbaca kelebihan sedekah subuh. Yang berasaskan dari hadis sahih. Bahawa malaikat mendoakan bagi mereka yang bersedekah waktu subuh.

        Bermula tahun 2013 atau 2014 aku memulakan program ini sendiri.Tak banyak, rm1.50 je sehari. Tapi kesannya, masyaallah! Masalah menjadi mudah, rezeki pun murah.

       Yang pentingnya ini bekalanku untuk ke akhirat nanti. Tapi sebenarnya aku sudah terlambat. Aku telah mensia2 kan hari2 yang berlalu tanpa sedekah! Dan masa telah pergi tak kembali lagi.

       Sediakanlah setiap hari wangmu walau 10 sen untuk sedekah. Takkan rugi. Ada ramai orang yang menderita di sekeliling kita. Bagaimana kita boleh mengenyangkan perut sendiri sahaja?

         Insyaallah, moga Allah kekalkan hidayah pada diriku.


5/10/17

Comments