Token Dan kad Komlink

Salam,



          Bekerja dengan tiket dan penumpang ini sentiasa bergelumang dengan kerenah manusia dan perubahan sistem.

            Bila sistem token diperkenalkan pada awal 2017, timbul masalah yang besar. Iaitu token hilang beribu2 keping. Ini
sudah kami jangka kerana banyak kebocoran pagar dikawasan stesen.

          Keadaan semakin kritikal maka  ktmb terpaksa mencari alternatif lain. Iaitu menggunakan kad 'kom-link' (gambar). Kad ini macam touch and go juga. Kena topup. Ada kebaikannya iaitu mengurang penggunaan token dan mengurangkan kos token.

       Keburukannya pula ialah, disebabkan ia percuma , orang boleh buang dan minta yang baru. Tambahan pula ktmb menetapkan nilai minima rm1 didalam kad. Ini semua akan menjadi punca masalah dimasa akan datang.

          Walaubagaimana pun aku sebagai pekerja, ikut saja. Tiada keperluan memikirkan masalah itu sedalam2nya. Biarlah orang yang berkenaan menanganinya.

         Perubahan memerlukan kita berani dan berfikir untuk mengatasi masalah yang timbul. Disini lah perlunya kekuatan daya fikir dan kretiviti seseorang.

         Semoga Ktmb terus maju jaya!

1/11/17 (Rabu)

Comments