Perabot Terpakai

Salam,

        Sejak bulan November 2017 yang lepas, Sofiah dilanda demam perabot terpakai.

        Asalnya kerana Syidi menjadi agent barangan tersebut. Harga yang ditawarkan  memang murah jika dibandingkan dengan harga asal. Itulah sebabnya Sofiah gelap mata. Antara barang yang telah dibeli ialah kasut, kereta mainan, kuda rotan, kerusi henjut dan katil saiz king.

        Aku dah lama sebenarnya main dengan barang second hand ni. Tapi setakat kasut, T-shirt dan seluar sahaja. Tapi bila Sofiah dah kenal, lagi banyak barang dibelinya. Aku sebenar memang suka dengan barang an bundle ni. Sebabnya ia murah tetapi kita boleh pilih barang yang berkualiti. Kalau nak beli baru, memang kena modal besar. Jadi, barang bundle jadi pilihan.

         Setakat ini, memang puashati pakai barang ni. Selesa,berkualiti dan yang penting , jimat.

       Seluar Dockers, kasut kulit ori, T-shirt berkualiti dan kasut sport, semua ini minatku.

        Dalam perhatianku ialah drill skru dan helmet basikal. Mungkin juga basikal, jika bermutu.

       Nah, inilah dia dunia bagi marhaen macam aku ni. Namun tetap bersyukur dengan apa adanya.


20/12/17
Rabu.

Comments