Salam,
Cuti sekolah yang bermula pada 25/11/17 yang lepas, terasa amat pendek. Semua rancangan berehat kemana2 bersama keluarga terpaksa dibatal kerana beberapa perkara.
Hal yang gembira adalah perkahwinan Iqah pada 3/12/17. Kami balik ke Kedah berlima orang sahaja. Majlis sederhana tapi meriah. Semua kerja adalah secara gotong- royong. Orang Perlis dan Alor Setar semuanya datang. Alhamdulillah. Dapat juga bersua muka dan bertanya khabar.
20 hari selepas itu, Angah pula melahirkan anak secara pembedahan. Anak lelaki yang lahir lebih kurang jam 8 pagi di hospital Shah Alam. Tapi anaknya terpaksa ditahan di Nicu kerana masalah pernafasan. Sampai hari ini masih belum keluar lagi.
Selepas berita gembira di pagi hari, petangnya aku terima berita duka pula dari jauh di Kedah. Emak mentua, Baiyah meninggal dunia. Dia sakit sudah lama. Ada dalam 3 ke 4 tahun lamanya.
Malam tu juga kami berlima bergegas menyusuri lebuhraya ke utara lagi. Mujur hari Sabtu tu aku memang ambil cuti tahunan. Sampai jam 3 pagi.
Pengkebumian pada jam 10 pagi. Selamat dan pergilah emak untuk selama2 nya.
Hari Isnin, cuti krismas aku kembali ke Klang , tempat aku berkumpul bersama keluarga.
Disebabkan cutiku disambung kerana cuti ihsan, aku membeli simen di Jeram dibantu oleh Fatin, kerana nak memasang tiles yang telah dibeli tempohari. Hanya menunggu tukang yang akan memasangnya nanti.
Buku sekolah, pakaian sekolah semua sudah siap. Hanya menunggu tahun baru untuk menyambung sekolah lagi. Sumaiyah masuk tingkatan 3, Fatin pula tingkatan 5.
Selamat berjaya anak2 ku!
29/12/17

Comments
Post a Comment