Salam,
Cucu sulungku ini lahir secara pembedahan pada 23/12/2017 yang lalu, di hospital Shah Alam. Namun ia terpaksa ditahan di NICU kerana masalah pernafasan. Kena pakai bantuan oksigen.
Sehingga kini, sudah 18 hari ditahan. Dan setiap hari pula Angah dan Syidi pergi menjenguknya di hospital.
Walaupun keadaannya semakin pulih namun doktor mengesahkan ia menghidapi masalah tairoid. Kekurangan kalenjar ini akan memberi masalah tumbesaran badan, otak dan jantung.
Namun doktor telah mula memberi ubat tairoid kepada Muhammad Uwais. Cuma masih menunggu keputusan mengenai jantungnya. Ia terpaksa dibawa ke hospital Serdang untuk pemeriksaan jantung.
Uwais akan memerlukan perhatian yang sempurna selepas ini. Ia perlu makan ubat secara teratur sehingga masalah tairoidnya hilang.
Aku doakan cucu Uwais akan selamat dan sihat seperti kanak2 lain.
11/1/18

Comments
Post a Comment