Dua Bulan, Dua Kematian

Assalamualaikum,




         Abang sulung ku , Abdul Wahab, meninggal pada 29 ramadhan 1439 atau 14/6/18 hari Khamis. Ia meninggal disebabkan jangkitan kuman yang disebabkan kencing manis yang tinggi. Meninggal di hospital Temerloh. Aku tak sempat melihat jenazahnya. Umurnya 66 tahun.

        Mohd. Shukri pula meninggal pada 6/7/18 atau bersamaan 22 syawal 1439 hari Jumaat. Ianya disebabkan kemalangan jalanraya di Pasir Besar. Kemalangan berlaku ketika penyakit sawannya datang. Melanggar lori berbadan besi. Sempat melihat jenazah, tapi tidak dapat melihat wajanya. Umur 43 tahun. Anak 3.

         Dua orang dalam dua bulan Allah mengakhiri riwayat dua orang ahli keluargaku. Pasrah. Ini takdirnya. Yang penting , hidup perlu diteruskan. Sambil teringat ibuku yang sedang sakit sejak 5 tahun yang lalu. Bilakah masanya? Wallahu'alam.

Padang Jawa
8/7/18

   




Comments