Gearbox Serena

Assalamualaikum,

         Sejak 3/7/18 yang lalu cik Na ku masuk bengkel, kerana nak tukar gearbox.

       Gear bermasalah, lambat tangkap, nak kena panas enjin baru boleh. Itu yang kena tukar tu. Walaupun kosnya mencecah 2k, terpaksa jugalah. Habis simpanan yang ada digunakan...sedih.

        Tapi  itulah nasib kalau pakai kereta second hand. Rosak adalah satu kemestian. Bersiap sedia sajalah.

         Walau bagaimanapun, aku sayang cik Na ni. Besar, selesa terutama kalau jalan long distance. Tak sakit badan.

          Tengoklah ,kalau dia kekal sihat, aku akan guna terus. Nak beli lainpun, tak ada modal. Balun je lah...


Comments