Semakin Uzur

Salam,



   
Pada 23/8/18 (Khamis) aku sekeluarga balik ke Gemas sempena Hari Raya Haji. Kira2 3jam setengah perjalanan aku pun sampai, dengan gearbox yang baru sebulan ditukar.

          Sesampai di rumah mak, Ina dan Bad juga baru balik  dari klinik Gemas kerana menghantar mak masuk oksigen. Kata Ina pagi itu mak dah tak berdaya, badan lembik kerana kekurangan oksigen. Mujurlah cepat dibawa ke klinik.

          Aku perhatikan emak semakin uzur. Kaki dan muka membengkak. Nak berjalan dengan tongkat pun dah tak berdaya. Pampers kena pakai 24 jam.

        Ya, semakin lama semakin dekat kita akan bertemu alam barzakh. Bukan makin lambat. Aku hanya dapat mengingatkan mak  supaya banyak berzikir. Entahlah, dia macam dah tak faham aku rasa. Ia diam saja.

        Aku pun tak putus berdoa untuk mak setiap lepas solat.  Tiada apa lagi yang mampu aku  lakukan, doa, doa dan doa saja.

       Emak semakin uzur , namun aku masih berdoa supaya ia  dipanjangkan  umur dan sihat.


Padang Jawa
29/8/18

Comments