Salam,
Di hadapan sekolah baru.
Pada 22/9/18 hari Sabtu jam 1810, Syidi bertolak ke Kuching dengan pesawat Air Asia. Kami menghantarnya hingga ke KLIA2.
Syidi ditawarkan jawatan guru agama di daerah Bau. Di atas adalah gambar sekolah di mana ia akan mengajar. Dengarnya sekolah ini murid- muridnya ada 60 orang semuanya. Subhanallah.
Nampaknya suasana disana seperti suasana di kampungku 40 tahun dahulu. Tapi tak mengapa, mungkin kerja lebih senang, cuma untuk hidup hari2 agak mencabar.
Sementara itu Angah dan Uwais tinggal di rumahku sehingga Syidi telah bersedia untuk membawa mereka ke sana. Walau bagaimanapun masih banyak hal yang perlu dibereskan seperti penghantaran barang2 dan kereta ke sana. Bukan saja banyak memerlukan belanja tetapi juga prosidur yang perlu diikuti.
Ini satu pengalaman hidup yang harus kita tempuhi. Susah, senang adalah asam garam kehidupan. Di mana saja kita berada , bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung adalah kepunyaan Allah juga. Allah mahu menguji kita kerana Ia hendak mengurniakan syurgaNya di akhirat nanti.

Comments
Post a Comment