Salam,
Berikutan kejadian tayar pecah sebelah dalam tempohari, aku menghantar Cikna ku ke bengkel Atan untuk buat pemeriksaan iaitu pada 31/10/18, Rabu.
Ternyata setelah diperiksa kedua2 arm bahagian belakang, semua bush, ball joint dan arm link semua sudah rosak, mengakibatkan arm longgar. Memang kena dibaiki segera.
Akupun mencari dan membeli bush dan ball joint sendiri di kedai spare part Candy Motor. Itupun kena order dulu barang.
Bila barang sudah cukup, pomen beritahu pula, upper arm belah kiri ada 'crack'. Aduh! Kena beli second hand punya. Aku minta abang Atan carikan. Aku kata aku tak mampu nak cari sendiri.
Siap semua pada hari Sabtu 1/11/18. Tengok bil....aduh! tak terbayang aku sebanyak itu. 1.07 k.
Namun terpaksa jugalah. Takkan nak berhutang pula dengan dia. Dia dah bersusah-payah pergi pam bush , cari barang dan lain2.
Tak sudah lagi. Aku kena buat alignment dan camber pula. Disini kos rm60.
Balik rumah petang tu, aku ingat dah lega, tapi ada air memancut keluar di belah tengah kanan. Airnya panas.
Bawa pula kekedai aircond yang selalu aku pergi, katanya itu paip heater bocor. Dia kata tutup terus je. OK lah. Rm50 lagi.
Selesai satu episod, lepas ni tak tau apa pula.
Selang beberapa hari selepas itu, aku dapat order teh peria yang aku jual secara online sebanyak 30 kotak. Alhamdulillah, boleh jugalah cover sikit mana yang dah terkoyak banyak tu.
Itulah kisah aku dengan Cikna yang mungkin ada lagi sambungannya. Bye...
Padang Jawa,
7/11/18

Comments
Post a Comment