Salam sejahtera,
Ada dua hal yang aku mohon pada Allah ta'ala didalam doaku di waktu sahur. Pertama, berikan aku rumah tingkat bawah rumah kuarters baru nanti. Maka, semasa undian rumah dalam bulan Januari 2019, aku dapat pada mulanya tingkat tiga, atas sekali. Tetapi diminta nombor itu oleh Sam yang mahukan tingkat tiga. Dan dia memberikan nombornya kepadaku, tingkat satu.
Kedua, aku mohon keselamatan dunia dan keselamatan akhirat. Pada 5/3/19, hari Selasa, lebih kurang jam 6.45 petang, aku membakar sampah di tepi rumah, sebelah bilik kecil rumah 118A. Selepas solat isyak di surau, jiran2 memberitahu bumbung rumahku terbakar. Terkejut dan cemas namun aku sempat menyiram air paip ke api yang menyala sehingga padam. Kalau nak diikutkan, selama 2 jam patut api sudah marak lebih besar kerana cuaca kering dan panas. Tetapi api tidak membesar sangat.
Itulah dua hal yang real yang aku hadapi di dalam masa terdekat ini. Yang membenarkan kata2 bahawa doa waktu sahur itu makbul.
Ya benar, aku telah merasainya. Allah tak mungkir janji. Kini aku menunggu satu hal lagi.
Padang Jawa,
6/3/2019

Comments
Post a Comment