Raya Aidilfitri 2019/1440H

Salam sejahtera,

        Hari raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada 5/6/19, Rabu. Aku dapat giliran cuti tahun ini. Seminggu.

        Tapi tahun ni tak macam biasa, balik beraya di kampung. Emak, mak mentua semua dah tak ada, aku bercadang beraya di Klang sahaja dulu. Tambahan menantu dan cucu semua ada. Dan mahu beraya pertama kali  di rumah baharu.

         Bersiap2 menyambut raya dengan pakaian baru, masak rendang dan ketupat, semua dapat disiapkan dengan sempurna. Angah pun dah balik dari Sarawak.






          Hari raya itu, aku batuk agak teruk sehingga tak dapat bertakbir memegang mic di surau. Takpelah.





         Usai solat, kami bergambar beramai2 didepan bangunan rumah tinggi' kami. Masing2 seronok di hari yang mulia ini.







Di depan rumah 'tinggi'


Di rumah mentua Paksu Anuar.






           Bertolak ke Kedah dengan dua kenderaan, Serena dan Viva. Jalan masih lagi ada sedikit jem walaupun hari pertama Syawal. Sampai di Kedah petang jam 3 lebih.


            Menziarahi Pak Anjang Hamzah, Pak Lang Karim dan pak Teh . juga Maksu Misah. Itu saja yang sempat diziarahi di kampung Sungai Yu.


         Esoknya menziarahi Ina Lee , Muaz dan emak Fatin di Teluk Bulang. Dan terus ke Alor setar, menziarahi Paksu Anuar dan keluarganya.

         Hari Jumaat, kami pertama kali menziarahi sepupu umi iaitu Musliha Perusahaan Hasil Laut. Bercerita kisah rumah dan perniagaannya, terasa hebat juga seorang wanita ini.

                 Di rumah puan Musliha

         Kami berangkat balik pada Sabtu dengan keadaan jalan jem. Terpaksa keluar dari highway di Kuala Kangsar. Menuju ke Teluk Intan, Sabak Bernam terus ke Klang  melalui jalan lama. Sampai di rumah jam 2 pagi.


         Bersedia untuk puasa 6 pula.

           Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.




Padang Jawa,
26/6/19

Comments