Bismillah,
Setelah sebulan bersetuju dengan rakan sekuliah, Fairuz untuk bercuti ke Pulau Pangkor, maka pada pagi 22/12/19 aku sekeluarga dan Syidi sekeluarga bergerak ke Lumut.
Tiba jam 12 lebih, kami pun memunggah barang masing2 ke jeti feri Lumut. Kereta parking di tempat yang dikhaskan. Orang sangat ramai keluar dan masuk, maklumlah cuti sekolah. Iman dan lain2 teruja nak naik feri.
Perjalanan dengan feri lebih kurang 20 minit. Kami bergambar diatas feri. Cuaca elok. Kelihatan bot2 nelayan di pulau tersebut. Bot besar.
Sampai di jeti Pulau Pangkor, masing2 mengangkut barang masing2. Aku 2 beg. Beg untuk alat dan bahan masakan. Satu galas dan satu dgn troli.
Kenderaan tak susah, van sedia menanti. Lalu brother van tu bawa kami ke chalet Lyana Villa dengan tambang rm25.
Setelah settle kan bayaran, kami pun masuk ke bilik nombor 5. Rehat dan kemas apa yang patut. Masak nasi untuk makan tengahari.
Lebih kurang jam 5 petang kami pun turun ke pantai untuk mandi laut. Airnya jernih dan tidak dalam. Iman bukan main suka lagi. Jumpa Fairuz di situ. Dia me ngajak bermain kayak. Aku pun cubalah, sampai ke pulau satu lagi. Rupanya bermain kayak ini banyak menggunakan kuasa perut untuk mendayung . Aduh, penat dan tak larat rasanya!
Setelah dekat maghrib akupun balik. Solat jamak di surau disitu. Alhamdulillah ramai juga jemaah. Sempat berkenalan dengan imam muda di situ.
Balik ke bilik, bermulalah episod yang tak disangka. Aku mula ceret- beret. Maya pula demam dan pening. Yang lain2 OK.
Setiap 2,3 jam sekali aku ketoilet, membuang isi yang cair. Aku tak syak pada makanan, tapi aku syak sebab teruk berkayak tadi. Begitulah seterusnya malam itu membawa ke esok harinya. Makan tak lalu. Minum air kosong je. Tak kemana2. Aku dan Maya.
Yang lain2 pergi juga melawat ke masjid terapung, mandi laut, mandi kolam dan lain2.
Tapi aku tak kesah sangat tak dapat semua tu. Sampai sini pun dah OK.
Pagi hari ke tiga, ada berkurang sakitnya. Sempat solat subuh di surau. Dan sarapan di warung. Aku mahu keluar cepat.
Jam 10 kami sudah berada dalam feri arah ke Lumut. Sampai di jeti, angkat barang dan ambil Serena yang di parking hari tu. Kena rm30 dua hari.
Setelah membeli belah serba sedikit, kami pun bergerak balik ke Klang pada 24/12/19. Tapi berkonvoi dua kereta sahaja.
Selamat tinggal Pulau Pangkor, sehingga bertemu lagi.
Padang Jawa,
30/12/19

Comments
Post a Comment