Fatin Accident

Salam,

         Setelah menerima keputusan STAM yang kurang memberangsangkan pada bulan Januari 2020 dulu, dan hasrat Fatin untuk ke Mesir terbantut, kerana keputusannya  hanya Jayyid sahaja, dan kos yang tak  tertanggung dan bimbang untuk melepaskannya sendiri, Fatin mengambil langkah untuk berkerja sementara sebagai pembantu Tadika di Kampung Jawa.

          Mulanya ia pergi naik bas sahaja dengan meninggalkan motor Ego di stesen Klang. Selepas beberapa kali naik bas, ia cuba naik motor ke tempat kerjanya. Tidak berapa lama selepas itu, ia pun lulus lesen L serentak dengan Uminya dan Maya.  Jadi, naiklah ia motor ketempat kerja dengan lesrn L nya.

        Pada 24/2/20 hari Isnin, ia pergi kerja macam biasa. Sampai di depan pejabat MPK jalan Raya Barat, booom! Fatin terlanggar tebing simen jalan. Ia menelefon aku, yang baru balik dari pasar dan sedang menyiang ikan. Sesampai di tempat kejadian, aku lihat mata kiri lebam, tangan luka, tapi tiada yang patah atau luka besar, alhamdulillah. Ia dibantu oleh 4 orang pekerja MPK.

          Selepas dibawa balik, aku terus menghantarnya ke klinik Leela Ratos. Doktor orang singh itu melayan kami dengan baik, mood baik agaknya.

          Fatin diberi ubat. Aku suruh ia berehat sahaja di rumah sehingga sembuh bahunya yang sakit itu. Uminya memberi perhatian kepadanya selayaknya seorang ibu.

         Ini hari ke empat ia dirumah. Kataku tunggulah sehingga benar2 baik kalau nak berkerja lagi. Tidakpun, tak payahlah berkerja, duit ayah cukup untuk membiayainya jika ia masuk universiti nanti.

        Cepat sembuh Fatin anak!



27/2/2020
Padang Jawa.

Comments