Virus Corona (covid19)

Salam,

         Hari ini hari ke-12 Perintah Kawalan Pergerakan , PKP (lockdown) oleh PM yang baru. TS Mahyudin Yasin. Virus corona telah merebak ke negara ku ini sejak bulan Februari dulu. Bulan Mac keadaan semakin bahaya sehingga melibatkan kematian. Semalam kematian telah sampai ke 27 jiwa. Dan kes yang kena virus mencecah 2000 orang. PKP dari 18-31 Mac, disambung 1-14 April 2020.



         Belum habis PKP stage 1, ramai orang mengeluh ketiadaan duit sebab semua perniagaan yang bukan asas dihentikan. Yang paling perit mereka yang bergaji hari atau yang 'kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang'. Tapi bantuan sudah mula digerakkan oleh pihak2 tertentu.

         Hari ni virus ni dah  sampai Kampung  Sungai Udang, Klang.  Itu yang paling dekat. Baru tadi dua orang telah diangkut dengan ambulan ke hospital Sungai Buluh. Tak taulah apa nak jadi lagi lepas ni. Sebab nak tak nak ketua keluarga kena keluar untuk mencari bahan keperluan. Kita tak tau dimana ada virus ni. Sebab ia tak nampak, macam hantu!

        Covid19 ini masalah dunia, bukan Malaysia sahaja. Negara2 Eropah , US,  Canada dan lain2 semua kena. Italy yang paling teruk dengan 6000 kematian setakat ini. Kini telah merebak ke Indonesia pula. Indonesia dengan  8% kematian sedang negara lain cuma setinggi 3.5% sahaja. Terkini dilaporkan kematian seluruh dunia mencecah 30,000 jiwa dan AS ditahap kes  jangkitan paling banyak iaitu melebih 119,000 kes!

        Sekolah dicutikan, universiti pun sama. Anis , Fatin, Maya dan Iman semua kena cuti. Sampai bila? Wallahu'alam. Hari tu projek lesen motor dan kereta mereka semua tergendala.  Sekarang duduk rumah sahaja. Hari2 tengok muka yang sama. Iman dah  puas bermain. Aku pun dah tak tau nak buat apa. Longkang dah cuci, rumput dah cabut, kipas dah dicuci, kerusi dah dikerjakan, apa lagi?

         Selepas ini masuk PKP stage 2. Rasa muak dah ada. Ikan payah nak dapat, ada pun mahal. So, makan je lah apa yang ada.

          Jalanraya jadi lengang seolah2 minyak petrol sudah kehabisan , padahal harga sekarang ialah rm1.38 seliter, paling rendah dalam seumur hidupku. Road-block dimana2.  Kedai2 ditutup rapat, hanya yang dibuka kedai keperluan asas sahaja. Askar telah turun padang pula.



          Di Ktm pun sama. Tren komuter hanya beroperasi  tiga pagi, tiga petang. Halt semua ditutup. Stesen lengang. Aku kerja sehari 4 jam sahaja. Jualan ada yang hanya rm10 sehari. Gaji dapat basic sahaja. Entah sampai bila pun tak tau.


Stesen lengang!


        Ramadhan tinggal 25 hari lagi. Kalau keadaan tak reda, tiadalah tarawih dan bazar ramadhan. Dan tiada juga solat raya. Semuanya hilang dek virus yang tak nampak ini.


         Dari sudut positifnya ada. Dapat solat berjemaah sekeluarga, makan bersama, boleh borak2 dan merehatkan badan yang sentiasa sibuk sebelum ini. Masalahnya kalau berlarutan , akan menjejaskan banyak perkara.

        Yang paling ramai kena di negara ku ini  ialah orang tabligh. Daripada situ melarat pula ke orang yang dekat dengannya. Dan kini telah sampai kampung sebelah sahaja. Hari2 menunggu berita terbaru. Sudah sampai mana? Berapa kematian?

         Ini sudah takdir dari Allah juga sebenarnya. Kita hanya mampu berusaha sedaya  upaya. Baik doanya, baik menjaga tatacara yang diajar. Berusaha dan bertawakkal. Kepada Tuhan kita berserah.




Padang Jawa,
29/3/20



Sambungan selepas setahun... 


        Pada 14/7/2021 Along sekeluarga telah disahkan positif covid. Puncanya dari taska anaknya. Duduklah mereka kuarantin dirumah sehingga cukup 14 hari. 


         Selepas setahun rupanya covid19 ini makin merebak sehingga mencecah 13000 kes sehari dan kematian 100 sehari. 

       Anak2 masih di rumah belajar online, hanya aku yang keluar bekerja dan membeli barangan keperluan. Sudah 2 tahun begini. 

        Kerajaan masih bertungkus-lumus mengekang virus ini. Rakyat ada yang derita tiada makanan, ada yang bunuh diri dan ada yang menuduh itu dan ini. Ada bendera putih dinaikkan tanda meminta bantuan yang kritikal. Master Najib pun meninggal kerana covid
. 

       Tak tau bila akan berakhir. Hanya berserah dan berdoa kepada Allah, 
"Hasbunallah wanikmal wakiil". 

      Itu saja yang dapat dibuat melawan benda yang tak  nampak ni.... 


Padang Jawa. 
16/7/21


Program cucuk vaksin. 


         Kerajaan membuat program cucuk vaksin covid19 untuk seluruh rakyat berumur 12 tahun keatas untuk melawan virus covid19. Satu apps iaitu 'My Sejahtera' digunakan supaya sekalian rakyat dapat mengakses program ini. 

        Akhirnya dapatlah kami dicucuk vaksin pada tarikh berikut:

1.Ayah_20/7/21_Pfizer
2.Umi_ 23/7/21_Sinovac
3. Anis _23/7/21_Pfizer
4. Fatin_ 27/7/21_Sinovac
5.Sumaiyah_


          Masing2 di tempat yang berlainan. Cucukan dos yang kedua akan dibuat 21 hari selepas dos pertama. Hanya Umi yang nampak terkesan, badan jadi lemah, selepas cucukan yang pertama. Yang lain2 ok. 

        Pada masa ini iaitu 27/7/21 kes positif sudah mencapah 15000 kes sehari dan kematian 200 orang sehari. Allahu musta'an. 
    
    



Comments