Salam,
Pada 12/8/20, Rabu, aku ditemani Wak Sudarman pergi ke Kapar, kerana membayar wang deposit tanah Syidi dan Angah. Rm2500. Tanah lot itu di Jeram.
Selepas itu kami bergerak ke Jeram bertujuan mencari pintu bilik air. Oleh kerana tiada di Jeram, kami bergerak ke Kapar semula.
Sampai di Sungai Sembilang, tiba2 datang suatu jasad manusia terpelanting betul2 di depan kereta ku. Apa lagi, aku pun cuba mengelak tapi tergelek juga dia dengan satu tayar hadapanku.
Aku berhenti untuk melihat keadaan. Mangsa terbaring di atas jalan, tak tau apa nasibnya. Wak Sudar mahu jalan terus sebab dia takut. Aku pun jalan terus hingga ke Kapar. Dan terus ke bengkel abang Atan.
Esok malamnya, aku buat report ditemani Jasmani, di trafik Klang. Polis menyuruh aku buat report pula di IPD Kuala Selangor.
Hari Sabtu itu aku pergi Kuala Selangor ditemani Sofiah. Berjumpa dengan Inspektor Norasyikin. Serena ku kena tahan untuk dibuat inspection Puspakom. Kena bayar towing rm350.
Selang seminggu kemudian, akan dipanggil untuk mengambil Serena ku. Semua dah settle. Mangsa telah meninggal.
Beberapa hari selepas keretaku dihantar repair di Asy Maju Spray. Kena rm450. Siap 3 hari kemudian.
Padang Jawa.
11/10/20

Comments
Post a Comment