Salam,
Pada 7/6/22 (Selasa) kami; ayah, umi, Anis, Fatin , Sumaiyah dan Iman serta Angah sekeluarga bertolak ke Sarawak dengan pesawat Airasia. Jam berlepas ialah 1245, tetapi dari Klang kami telah keluar sejak jam 0700 lagi.
Menaiki Vellfire Mr. David yg disewa ke airport.
Sesudah sarapan dan check in, kami pun berlepas pada jam 1245. Semasa check in gunting lipatku telah ditahan oleh pegawai yang bertugas. Barang hanya boleh dibawa seberat 7kg sahaja. Masing2 rasa teruja dan seronok kerana first time menaiki pesawat. Dapat berada lebih tinggi dari awan....
Di dalam pesawat....
Rm 17 dengan air mineral 300ml.
Malang berlaku peti ais Angah telah rosak disebab kan pintu ternganga. Habis busuk barang di dalamnya. Kami berkemas dan berehat.
Hari Rabu, kami sarapan di Restoran Pak Amit, merasa mee koloknya dan lain2 lagi.. Restoran melayu tak banyak di sini.
Pasar Satok, harga ikan sama macam Klang. Ikan terubuk masin inilah yg menariknya.
Setelah itu kami singgah ke Tasik Biru lebih kurang 20km jauhnya, melalui jalan yg dikelilingi pokok di sepanjang jalan.
Di Tasik Biru, jauh pedalaman. Bekas lombong.
Kemudian singgah pula di sekolah Syidi mengajar di Bau. Sekolah kampung melayu yang terpencil.
Hari Khamis, kami becadang ingin menaiki bukit Tanah Tinggi Borneo . Setelah melalui jalan2 kampung sejauh 20km, kami tiba di Borneo Highland Resort . Malangnya kawasan itu sudah ditutup. Tiada pelancong yang boleh naik. Sebabnya tidak pasti, mungkin kekurangan dana untuk maintenance.
Kecewa dengan penutupan itu, kami meneruskan lawatan ke Santubong pula.
Jauhnya dalam 50km . Kelihatan gunung Santubong tinggi disana. Kami masuk ke kampung budaya Sarawak. Di sini ada pertunjukan pentas budaya Sarawak. Rumah2 tradisi Sarawak dan alat2 tradisi mereka.
Hari Jumaat, 11/6/22. Singgah di Pustaka Negeri, solat Jumaat dan malamnya tidur di homestay.
Rumah orang Iban.
Di Pustaka Negeri Sarawak
Besar kawasannya, tetapi 90% buku berbahasa Inggeris.
Masjid India bandar Kuching.
Letaknya di atas sungai.
Tapi tak nampak satu India muslim pun di sana.
Malamnya , kami tidur di homestay, masak sendiri. Rumah kayu 2 tingkat ada kolam mandi. Semua dah letih...
Nak balik ke Malaya, hari Sabtu 12/6/22
Semua dah letih dan ada yg dah nak demam.
Akhirnya sampai di KLIA2 pada jam 5 ptg. Balik ke Klang dengan menyewa grabcar kereta Hyundai starex , rm109.
Bye, bye Sarawak bumi kenyalang....ada rezeki kami ke sana lagi...
Padang Jawa
12/7/22































Comments
Post a Comment