Mati atau Hidup?
Setiap manusia akan mengalami kematian. Antara hidup dan mati mana lebih penting?
Mati lebih penting sebab ia proses utk pergi kepada kehidupan yang kekal abadi. Yang tidak ada mati lagi selepas itu.
Selagi tak mati kita tak dapat masuk syurga sebab masuk syurga adalah selepas mati dan dihidupkan kembali nanti.
Siapa yang mencipta kematian?
Lihat al mulk : 2
'Dia yang telah mencipta maut dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapa yg paling baik amalnya'
Tetapi
Mati selalu manusia lupakan. Mati lebih penting kerana:
3 faedah ingat mati:
1. Segera bertaubat dari dosa2
2. Berlumba beramal soleh
3. Pendek angan2.
Sedangkan
Jika lupa mati akan:
1. Tidak/tangguh bertaubat
2. Malas/ berat beramal soleh
3. Panjang angan2
Dari Hadis ibn Hibban:
'Banyakkan mengingat pemutus kelazatan
hidup. Iaitu mati.'
Apa Hukum ingat mati? Sunnah
Bagaimana nak hilangkan kelazatan kpd dunia? Dengan ingat mati.
Lihat Hadis ibn majah:
'Siapa orang yg paling cerdik?
Orang yg paling cerdik ialah orang yg banyak ingat mati.
Dan orang yg paling baik persiapannya untuk selepas mati.'
Kalau tak ingat mati maka dari baligh sampai umur 50 tahun solat waktu je takde solat sunat.
Takde puasa sunat. Sebab tak berlumba membuat amal soleh.
Tetapi,
Pendidikan kita takde subjek ingat mati. Bahkan Lagi lupa kepada kematian.
Sistem pendidikan kita menjadikan kita hamba kepada dunia. Kejar dunia lagi dan lagi.
10/1/2023
Padang Jawa


Comments
Post a Comment