Salam,
Bila kita tadabbur alquran seolah2 Allah sedang becakap dengan kita. Seolah2 Allah bercakap dengan orang beriman begini dan begitu.
Kadang kala bila kita minta syurga dari Allah maka Allah jawab melalui alquran surah Ali imran: 142
"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)"
iaitu Allah jawab syurga perlukan pengorbanan. Apa pengorbanannya? Iaitu jihad dan sabar.
Kita jangan mengaku beriman dan nak masuk syurga sebelum kita diuji iaitu berjihad dan bersabar.
Bukan jihad saja, kena sabar dalam berjihad.
Contoh bila puasa, mesti sabar jangan marah2 dan sebagainya.
Ada masalah je, mulut mengata orang.
Bila panas je,buka tudung.
Bila sakit, mengeluh dan sedih. Ini bukan beriman namanya
Yang paling banyak diuji yang paling tinggi imannya.
Tujuan ujian adalah untuk:
1. menguji iman adakah kita beriman atau munafik?
2. Menguji samada kita mampu berjihad/syuhada.
3. Allah nak ampun kan dosa orang beriman.
Tak pelik jika sekarang orang islam yang solat, haji, zakat, ada sifat munafik.
Sebab zaman nabi pun ada munafik. Mereka solat dengan nabi. Dengar tazkirah nabi tapi munafik.
Lihat anbia':35
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
Allah sentiasa uji kita dengar syarr/musibah atau khair/nikmat.
Ramai orang rasa bila dapat khair Allah bukan uji dia. Ini silap faham. Sebenarnya Allah sedang uji dia.
2 nikmat yg paling ramai orang tertipu iaitu masa lapang dan sihat .
Tapi orang rasa masa sakit/miskin Allah uji dia. Bila sihat/kaya dia rasa bukan ujian. Ini tertipu.
Semua orang beriman dapat ujian kerana Allah nak uji samada kita benar-benar beriman atau munafik atau nak hapus dosa orang beriman.
Ujian adalah proses yang wajib bagi orang beriman, oleh itu dia syukur dan semakin taat bukan semakin sombong bila duji. Bila diuji dengan musibah, sabar tiada keluhan, tiada sedih, tiada risau.
Untuk memberi balasan selepas diuji , Allah matikan kita untuk dibalas hasil dari ujian tersebut. Samada dibalas syurga/nikmat atau neraka/azab.
Semoga kita dapat tempat tertinggi di sisi Allah
Padang Jawa.
7/2/23

Comments
Post a Comment