MAJLIS PERNIKAHAN ANIS / AMIR

Assalamualaikum,

     Sehari sebelum majlis, seperti dirancang konvoi dari Kedah dan Penang pun sampai  ke rumah kami di Jeram. Semua dalam keadaan selamat dan ceria. Ini first time depa datang.

Rombongan dari Kedah dan Penang.



    Malamnya mereka semua akan  tidur di homestay Sri Melor, Jeram, tempat  kenduri diadakan.

    Juga sehari sebelum majlis itu, abang Abas, isteri Rembau dan Fadillah datang bertandang ke rumah Jeram sebab ia tak dapat hadir pada hari kenduri.

Abang Abas bekas suami kakakku Fatimah.

     Majlis pernikahan dan kenduri Anis dirancang hampir setahun lamanya. Dengan mencari tapak kenduri, catering, pelamin  , security dan sebagainya , 

Master mind majlis ini datang jauh dari Sarawak.  Yang tak kira penat lelah. Terima kasih Angah dan Syidi.


     Akhirnya pernikahan berjalan seperti di rancang iaitu di masjid Sultan Sulaiman, Klang. Tepat jam 8.40 pagi 26/1/25, Ahad.  Aku sendiri  menikah kan Anis dengan Amir disaksikan oleh imam, dan saksi-saksi dari kedua belah pihak. 

      

Aku sendiri menikahkan dengan maskahwin seutas gelang emas tunai....

Ini Amir

Ini Anis

    Anak korea yang beriman  ...hihi


     Selepas majlis pernikahan lebih kurang jam 9.00 pagi aku dan isteri bergegas ke Jeram di homestay Sri Melor kerana kenduri diadakan di situ. Semuanya sudah siap sedia pada jam 10 pagi. 



      Mulai jam 11 pagi tetamu mulai datang. Aku dan isteri pun sibuk menyambut tetamu yang datang. Menerima salaman dan memberi door gift.  Kemuncaknya paling ramai pada antara 12 hingga 2 petang.

Semoga selamat dunia akhirat.....


Ibubapa Amir


Belah keluarga Amir


Rombongan keluarga Amir

    Ini keluarga belah aku. Doy, Izil, Did, Yus, suami Jannah, Jalit dan Jannah.

    Anak saudara, Alif dan isteri.

Did dan abang Nor.

Azhar aka Kuro. Classmate sekolah rendah dan sepupu.

Kak Eton, Ina dan Rasiah

Adik beradik ku yang perempuan.

Taha, kak Yam, Zainab Gemas, Ina, Murni dan Chim.

Along dari Bertam

Ipin, aku, Did ,kak Yus dan Sofiah.

Amir asal Muar, dan Anis diatas pelamin.

Keluarga belah aku

keluarga belah Sofiah

Keluarga dari Kedah dan Perlis dan Penang.

Penganti bersama Siti Asa, kak Ani, Abg Karim, kak Yam, abg Daud, Anuar dan Taha.

Keluarga Kedah mai...adik- beradik

Yang lama tak jumpa,  jumpa di sini. Alhamdulillah.

Geng  lelaki Kedah , abang Hamzah, abang Daud, menantu  kak Yah, Syahir, Ali dan abang Karim.

     Jam 4.00 petang akhirnya majlis pun tamat. Semuanya berjalan dengan baik. Walaupun penat tetapi hati tetap gembira bila melihat sanak-saudara berkumpul bersama dengan wajah yang ceria.  Kalau ada kekurangan kami mohon maaf, kalau lauk tak sedap itu kena komen kat catering....hihi..

      Bila sudah habis, kami lepak dan bersantai,  berborak sesama keluarga. 

Gelak dan ketawa..


 Ada yang menziarahi rumah Angah di Jeram. 

Rumah Angah dan Syidi.

     Akhirnya kami semua mengucap kan,  

"SELAMAT PENGANTIN BARU, BAHAGIA  TILL JANNAH".

       Sesudah berkumpul 3 hari 2 malam, maka masing-masing mula meninggalkan Jeram menuju ketempat masing-masing. 

     Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan dan meraikan majlis ini. Diakhiri dengan serangkap pantun,

      Terima kasih daun keladi,
       Panjang umur kita berjumpa             lagi.

       Pelita ayam apinya malap,
       Udang galah sedap dimakan,
       Kalau ada salah dan silap,
       Bukan sengaja , harap                         dimaafkan.

Sekian,  terima kasih semua.



3/5/25
Klang

Comments