Bismillah.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum,
Musim nak masuk U ni, mak ayah sibuk borong baldi, cadar, dan maggi berkotak-kotak.
Tapi ada satu benda yang kita terlupa bekalkan:
Mental.
Realitinya bila ada student berhenti bukan sebab tak cukup baju, tapi sebab mental tak cukup prepare. Kena culture shock!
Ini 4 senjata mental yang parents boleh prepare untuk anak anak:
1️⃣ Realiti Financial Shock
Duduk rumah, buka peti ais ada makanan. Masuk U, nak teguk air kosong pun perlukan duit.
Sebab itu, ajar dorang konsep "Needs vs Wants". Bila duit PTPTN/Biasiswa masuk RM3,000 gedebuk, itu bukan tiket nak beli iPhone baru. Tapi untuk keperluan setahun.
Ajar dorang buat bajet mingguan (Contoh: Seminggu belanja RM100 je, kalau lebih dari tu puasa).
2️⃣ Perangkap "Bebas Tanpa Syarat"
Kat asrama/U, takde siapa akan kejutkan subuh. Takde siapa marah kalau dorang skip kelas semata-mata nak tidur lepas main game sampai 3-4 pagi.
So, they need to learn self-discipline. Ramai budak straight A sekolah menengah hancur pointer sem 1 sebab terperangkap dengan kebebasan yang tiba-tiba ni.
Self-discipline is everything.
3️⃣ Krisis Roommate & Konflik Manusia
Anak kita mungkin pembersih, tapi roommate dia mungkin jenis baju sebulan tak basuh.
Jangan sikit-sikit call mak menangis. Latih kemahiran assertive communication.
[Assertive communication ialah cara berkomunikasi yang jelas, jujur, dan tegas, tetapi tetap menghormati perasaan dan hak orang lain.]
Ajar cara nak tegur roommate dengan berhemah, cara nak letak boundaries dan bertolak ansur. Ini latihan pertama dorang hadapi rakan sekerja yang toxic nanti.
4️⃣ Fasa "Homesick" & Ujian Kegagalan Pertama
Bulan pertama, rasa sunyi tu akan 'makan' dorang dari dalam. Tambah pula bila first time dapat kuiz dan fail (padahal kat sekolah asyik dapat A).
They need to learn that failure di universiti BUKAN bermaksud dorang bodoh.
Ia cuma proses kalibrasi otak. Beritahu dorang, "Kalau rasa nak give up, call mak/ayah. Kita cari jalan sama-sama."
Parents,
barang fizikal boleh beli dekat Shopee.
Tapi ketahanan mental, anda kena install dalam otak dorang sebelum hantar dekat pagar universiti.
Sumber : X @thepaehbrian
Semoga bermenafaat dan sila kongsikan dengan orang lain.
Klang.
17/4/26
Comments
Post a Comment